Monday, April 25, 2016

Songkok

Fakta Songkok
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.
Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah....". 
Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno. Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.
Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.
Pada 19 Jun 2008, anggota dewan DAP Gwee Tong Hiang disingkirkan dari dewan majlis Johor kerana tidak mematuhi kod pakaian pakaian rasmi dan songkok.

credit:  https://ms.wikipedia.org/wiki/Songkok

Apa itu Songkok?
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi masyarakat Melayu. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju melayu bagi menghadiri majlis-majlis keramaian atau keagamaan. Songkok sangat popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di Selatan Thailand.


Songkok dikatakan berasal daripada penduduk Indonesia yang beragama Islam. Pada asalnya, bentuk songkok adalah di dalam bentuk yang seakan-akan fez (juga dikenali sebagai tarbus). Kebanyakannya dihasilkan di dalam warna hitam. Di Indonesia songkok juga dikenali sebagai peci.



Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala rasmi yang pada awalnya dipopularkan oleh Presiden Sukarno. Songkok ini akan dipakai oleh rakyat Indonesia bagi menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis keagamaan seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.



Di kalangan masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.



Songkok juga turut dipakai oleh pasukan tentera dan polis di Malaysia dan Brunei untuk upacara-upacara tertentu. Songkok terdiri daripada berbagai-bagai saiz mengikut ukuran kepala si pemakai. Songkok boleh dipakai kosong (warna hitam) atau diberi hiasan iaitu lilit yang boleh dipasang atau dibuka.



Untuk mengetahui saiz songkok yang dipakai. kita perlu mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci. Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22", makan saiz sebenar songkok si pemakai adalah 22 1/4". Tujuan saiz songkok dibesarkan 1/4" adalah bagi memastikan pemakaian songkok yang selesa.



Sejarah Songkok
Mengikut sejarah, penggunaan songkok menjadi kebiasaan rakyat jelata di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13. Dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dikalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Di Negara lain seperi India,Pakistan dan Bangladesh, songkok turut dikenali dengan nama Rum (Topi).
Dari analisa dan sedikit penyelidikan, songkok (salah satu pakaian bangsa melayu) tidak dapat lari daripada di sinonimkan dengan Islam. Buktinya adalah sunat kaum Muslimin untuk menutup kepala baik ketika solat atau sebaliknya. Walaupun sebelum kedatangan songkok ke tanah jawi ini, umat Melayu lebih gemar berdastar atau tanjak, ini secara tidak langsung menunjukkan bangsa Melayu itu tetap mengikuti perkembangan semasa tanpa meninggalkan syariat, adat, adab dan budaya.
sumber: http://kelabmelayunsdk.webs.com/apps/blog/entries/show/5563272-sejarah-busana-tradisi-lelaki-melayu

Jenis-jenis Songkok
SONGKOK BUDAK
SONGKOK S.O.B
S.O.B Rata 
S.O.B Tinggi

LILIT SONGKOK -Lilit Halus 
                                -Lilit Songket


PROSES PEMBUATAN SONGKOK

·                     Berikut adalah proses-proses di dalam pembuatan songkok.
·                     bahan yang digunakan sebagai rangka dalam pembuatan songkok. Ia lebih dikenali sebagai polan. Ia dibuat daripada suratkhabar lama dan cebisan kain. Polan akan dipotong mengikut saiz- saiz songkok.
·                     Menggunakan kulit yang digunakan sebagai pelindung daripada peluh atau basah. Kulit juga digunakan bagi mengekalkan bentuk songkok. Kulit dipotong selebar 1 1/2" dan dijahit di sebelah dalam songkok.
·                     Baldu adalah kain yang digunakan untuk membalut rangka songkok yang telah siap dijahit. Baldu songkok terdiri daripada dua jenis iaitu baldu biasa dan jenis tebal .Baldu akan dipotong mengikut saiz songkok.
·                     Seterusnya  proses menjahit baldu pula dilakukan untuk disatukan kepada rangka songkok. Kertas keras akan dijahit bersama-sama baldu untuk membuat badan songkok.
·                     Proses seterusnya adalah menyemat baldu di bahagian kepala songkok dengan jarum. Setelah selesai disemat, sematan tersebut akan dijahit supaya baldu tidak tanggal dari rangka songkok .
·                      
sumber: http://baldukubiru.blogspot.my/

Hukum Memakai Kopiah, Songkok dan Serban

Memakai serban dan kopiah adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi, ini berdasarkan sabdanya:


Sabda Rasulullah SAW:



دخل النبي صلى الله عليه وسلم مكة يوم الفتح و عليه عمامة سوداء



Maksud: “Nabi SAW memasuki Kota Mekah sewaktu pembebasan Mekah, baginda memakai serban hitam”.



Pemakaian serban dan kopiah sudah sinonim dalam masyarakat Islam di seluruh dunia dan ia juga telah dijadikan amalan seharian masyarakat walaupun di luar urusan ibadah terhadap Allah. Justeru itu, adalah sukar bagi sesetengah individu untuk menukar pemakaian serban dan kopiah kepada pemakaian songkok seperti yang biasa dipakai oleh segelintir masyarakat Melayu.



Telah menjadi budaya masyarakat Islam setempat mengamalkan cara pemakaian songkok atau kopiah mengikut tempat :

a. masyarakat Melayu Islam sebelah Pantai Timur memakai kopiah putih dan serban.
b. masyarakat Melayu Islam sebelah Pantai Barat memakai songkok hitam. 



Pada asalnya, kopiah dan songkok itu adalah sama dari segi rupa, bentuk dan warna (berwarna putih atau hitam). Sementara serban pula dipakai bersama dengan kopiah mengikut amalan Rasulullah S.A.W. Setelah perubahan zaman sehingga Zaman Uthmaniyah, bentuk songkok diubahsuai menjadi tarbus. Kini, songkok dalam budaya Melayu difahami dengan rupa hitam dan keras. Manakala, kopiah difahami dengan warna putih dan lembut. 




3 PANDANGAN ULAMA’



3.1 PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP SERBAN & KOPIAH



Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 31



“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadah ( atau mengerjakan sembahyang ) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. 



Menurut Imam al-Mawardi, maksud berhias di dalam sembahyang ialah memakai secantik-cantik pakaian . Manakala menurut pendapat Imam Abu Hayyan, zahir ayat di atas menunjukkan bahawa berhias dengan secantik-secantik pakaian (termasuklah memakai songkok dan berserban) bukan sahaja dituntut di dalam sembahyang bahkan di luar waktu sembahyang (setiap masa dan ketika) .



Menurut Sheikh Mahmud Syaltut, ketika memberi jawapan kepada soalan berhubung dengan sembahyang tanpa serban, kopiah atau songkok di kepala, beliau berpendapat tidaklah menjadi syarat sah sembahyang dengan menutup kepala atau tidak dan tidak pula disyaratkan jikalau untuk menutup kepala mesti dengan penutup khas. Walaupun begitu, bagi seseorang Islam eloklah dia bersembahyang dengan memakai serban, kopiah atau songkok dengan syarat tidak menutup dahi ketika sujud.



At- Tarmizi dan Muslim meriwayatkan daripada Ja’far bin ‘Amrin bin Huraith, daripada bapanya katanya:



رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وعليه عمامة سوداء قد أرخى طرفيها بين كتفيه



Maksud: “Aku melihat Rasulullah SAW di yang memakai serban hitam di mana Baginda melabuhkan kedua hujungnya di antara dua bahunya”.



Berkata pengarang kitab Al-Mishbah : Hassan bin Ali dan Ibnu Zubair pernah memakai serban hitam ketika berkhutbah dan begitu juga Anas, Muawiyah, Ammar dan lain-lain lagi. Dan adalah Sa’id bin Musayyib memakai serban hitam pada hari raya puasa dan haji.



Berdasarkan yang demikian, sebahagian ulama berpendapat tidak perlu mengkhususkan dirinya dengan memakai serban hitam sama ada hari Jumaat atau hari-hari yang lain.



Berkata Imam Nawawi : “Memakai warna putih adalah lebih utama. Dan serban putih adalah lebih sesuai sebagai perhiasan para ulama’ pada zaman ini”.



Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jabir R.A. katanya :



إن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة وعليه عمامة سوداء



Maksud : “Bahawasanya Nabi S.A.W. memasuki kota Makkah dengan memakai serban hitam.



Dalam hadis Jabir R.A. di atas, Rasulullah SAW memasuki kota Makkah dengan memakai serban hitam dan hadis ini tidak pula menyebutkan adanya ekor serban di antara kedia-dua bahu baginda.



Berkata Ibnu Qayyum : Hadis Jabir ini menunjukkan Baginda SAW tidak selamanya menjuntaikan ekor serban baginda. Selain daripada itu, Baginda juga terkadang melilitkan sebahagian serban itu ke bawah dagu, yang di antara tujuannya ialah menjaga supaya serban itu tidak jatuh dari kepala. Dan tercapailah tujuan memakai serban itu dengan mana-mana cara sekalipun.



Menurut Sheikh Muhammad Rasyid Reda, erti serban sebagaimana yang telah disebutkan oleh sesetengah orang ialah setiap apa yang diikat di kepala sama ada di bawah kopiah, atau di atas songkok, atau yang dililitkan ke atas kopiah, atau sebagainya.



Sheikh Muhammad Rasyid Reda pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu, beliau memberikan jawapan berikut :

”Telah tsabit dalam hadith bahawa Nabi SAW terkadang :
1. memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku
2. memakai serban tanpa kopiah
3. memakai kopiah tanpa serban



Di akhir jawapannya, beliau berkata: Walaupun tidak ada datang perintah atau sumber hukum (yang kuat) supaya mewajibkan memakai serban atas dasar sebagai salah satu hukum agama dan syariat, tetapi barangsiapa yang memakainya dengan niat menyerupai cara Rasulullah SAW berpakaian dan sebagai tanda kasih kepada Baginda SAW, tentulah niat ini mendapat ganjaran pahala.”



Sabda Rasulullah SAW:



كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يلبس العمامة على القلانس



Maksud : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai serban bersama kopiah”.



Imam Sayuti Rahimahullah berkata : “Apa yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah. Kalimat Kopiah yang disebutkan pula menunjukkan bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan bulu.



Al-Baihaqi pernah meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW memakai kopiah putih. Ini menjelaskan bahawa pemakaian kopiah juga adalah sunnah Rasulullah SAW.



Kesimpulannya Sesungguhnya menurut kajian para ahli dan pentahqiq hadith, tidak ada satu pun hadith yang sahih mahupun hassan mengenai KEUTAMAAN/KELEBIHAN memakai serban

melainkan disebut di dalam hadith-hadith bahawa Rasulullah memakainya.Dan sifat
hadith-hadith yang disebutkan di atas bertentangan dengan hadith mutawatir yang
lain.



3.2 PANDANGAN ULAMA’ TERHADAP SONGKOK



Songkok harus dipakai kerana tidak bertentangan dengan Islam dan ia merupakan pakaian kebiasaan yang dipakai oleh masyarakat Melayu terutama semasa solat dan dipakaikan bersama Baju Melayu. Asasnya kerana ia berkonsepkan sebagai penutup kepala. Perbuatan menutup kepala bagi lelaki adalah Sunnah Nabi berdasarkan mafhum hujah berikut:



Menurut Imam As-Sayuti yang diringkaskan dari buku ”Al-Hawi”nya (2:111-112) : Berdasarkan keterangan lalu, Nabi Muhammad SAW pernah memakai kopiah putih dan begitu juga Anas bin Malik RA. Dipadankan juga daripadanya bahawa sekiranya serban atau kopiah tidak ada, Nabi SAW tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja, akan tetapi Baginda akan membalutnya sehingga sampai ke dahi”.



Berdasarkan pendapat Imam Sayuti di atas, pemakaian songkok adalah diharuskan sebagai satu konsep menutup kepala sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja tanpa penutup kepala.



Berdasarkan kepada hujah Imam Sayuti sebelum ini berkenaan dengan maksud Qalansuah (bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan bulu), songkok juga boleh dikategorikan sebagai Qalansuah.



RUMUSAN / KESIMPULAN ISU



Berdasarkan kepada hujah-hujah atau dalil-dalil di atas jelaslah bahawa pemakaian serban dan kopiah adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ia perlu dihayati setiap masa sama ada di dalam atau di luar solat. Di samping ianya menunjukkan ketaqwaan, kehebatan, kewibawaan, keilmuan si pemakainya.



Berdasarkan fakta di atas juga pemakaian songkok juga diharuskan kerana tidak ada sebarang percanggahan dengan hukum Islam dan ianya berkonsepkan penutup kepala seperti serban dan kopiah. Ia merupakan budaya masyarakat setempat di mana mereka memakai songkok ketika beribadah dan ketika menyambut hari-hari kebesaran Islam.



Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2001 (Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah bertarikh 7hb Jun 2001), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan pemakaian songkok untuk menunjukkan keseragaman dalam berpakaian kepada penjawat awam semasa bertugas atau menjalankan urusan rasmi.



Adalah diharapkan pegawai & kakitangan KPM mematuhi pekeliling dengan menyeragamkan pemakaian songkok kerana ia tidak bercanggah dengan syariat Islam disamping mentaati dan mematuhi Ulil Amri 



Walaubagaimanapun sekiranya pegawai & kakitangan KPM ingin memakai serban dan kopiah , bolehlah berbuat demikian di luar tugas rasmi.



Sekiranya individu muslim itu tidak memakai songkok,ianya tidak menjejaskan keimanan, ketaqwaan , kehebatan dan kelimuan individu tersebut. Namun, pemakaiannya adalah lebih baik.



Pemakaian songkok juga diharuskan dengan syarat ia bersih dari sebarang kekotoran dan najis. Ciri-ciri utama pakaian Rasulullah S.A.W ialah menutup aurat, tidak bermegah-megah, tidak tasyabbuh (menyerupai) pakaian agama lain disertai dengan iman, ihsan dan taqwa. Itulah pakaian Islam. Tidak tertakhluk kepada jubah atau serban sahaja.



Mengenai alasan songkok tidak boleh dibasuh apabila terkena najis, itu bergantung kepada penjagaan seseorang. Manakala alasan songkok yang lama tidak dibasuh adalah najis adalah disandarkan kepada syak dan waham semata-mata. Sedangkan kaedah sebenar usul fiqh “keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak”.



Sumber: http://nmcollection.blogspot.my/



Artikel 1: Mahkota Lelaki Melayu / The Malay Men's Crown
MEMOTONG pelan badan dan tampuk merupakan proses yang perlu dibuatdengan teliti dalam pembuatan songkok.
Mahkota’ lelaki Melayu
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
SETIAP tahun apabila tiba sahaja bulan Ramadan, beliau akan sibuk menerima beratus-ratus tempahan yang datang bertimpa-timpa di kedai songkoknya di Pasar Minggu, Kampung Baru, Kuala Lumpur.Dikelilingi dengan kotak-kotak berisi songkok yang memenuhi bahagian hadapan dan belakang kedai, Deni Yustin, adalah antara pembuat songkok generasi muda yang begitu tekun melakukan kerjaya itu.Walaupun masih muda dan baru dalam kerjaya ini, Deni mampu bermegah dengan kerja tangannya memandangkan beliau adalah antara beberapa orang sahaja pembuat songkok yang dikenali di Lembah Klang.Setiap kali tibanya Ramadan, beliau mempunyai sebab untuk tersenyum kerana pada masa ini beliau mampu mendapat pulangan berganda.Sejak kecil lagi Deni telah didedahkan dengan pembuatan songkok oleh bapa dan ibunya, bahkan itulah juga sumber rezeki bagi membesarkannya lima beradik.Ibu bapanya yang telah berhijrah ke Malaysia dari Bukit Tinggi, Indonesia, sejak 30 tahun lalu telah memulakan perniagaan songkok dikenali sebagai Kedai Songkok Kampung Baru.Bagaimanapun, apabila ibunya, Hilma Nawawi meninggal dunia pada tahun 1996 dan diikuti bapanya, Yustin Sutan Pangulu Johan (2006), tiada siapa di kalangan adik-beradik yang ingin meneruskan perniagaan tersebut.Deni, lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak, akhirnya secara sukarela meneruskan industri keluarganya demi memastikan ia tidak berkubur begitu sahaja.Anak muda yang berusia 32 tahun dan masih bujang ini, tidak menjangka akan menghabiskan waktu mudanya sebagai pembuat songkok dan bukannya menjawat jawatan tinggi di sektor swasta atau kerajaan setaraf dengan kelulusannya.Namun, beliau reda dengan takdirnya dan berazam akan menaikkan martabat songkok keluaran kedainya ke serata Malaysia.Menurutnya yang baru dua tahun mengambil alih perniagaan itu, minat terhadap pembuatan songkok berputik sejak waktu kecil lagi apabila melihat bapa, ibu dan ibu saudaranya menjadikan produk tersebut sebagai sumber rezeki.Tetapi kerana kewajipannya untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat tinggi terpaksa dia beralah sebentar.“Setelah tamat pengajian dan tiada pekerjaan, kemudian ayah pula meninggal, maka saya terus mengambil alih perniagaan ini. Ini bukan satu pekerjaan hina, bahkan cukup mulia dan saya bangga kerana songkok merupakan salah satu kelengkapan pakaian yang diletakkan di atas kepala, maruah yang tertinggi sekali.“Bahkan saya juga gembira songkok adalah kelengkapan kita menunaikan solat lima waktu, dipakai semasa hari perayaan dan keramaian,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pasar Minggu Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Ditanya siapakah orang kenamaan yang pernah membeli songkok buatan kedainya, kata Deni: “Antaranya ialah bekas Yang Dipertuan Agong yang juga Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim dan beberapa agensi kerajaan seperti dari Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan ramai lagi.”Ujarnya, kakak dan abangnya turut memasarkan songkok keluaran kedainya di Pasar Larkin, Johor Bahru.“Selain itu, kedainya juga melantik beberapa pengedar di Temerloh, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Lumpur dan lain-lain,” katanya.Jika dahulu, Deni bersama ayahnya mengusahakan songkok ini, tapi sekarang dia berseorangan. Beliaulah yang menguruskan segala-galanya tanpa pekerja yang membantunya.“Susah nak dapat pembantu, orang muda tidak mahu bekerja macam ini dan rata-rata tidak ada pengalaman pula. Tak apalah, saya akan usahanya seorang diri sekalipun terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa,” ujarnya.Deni juga dalam masa yang sama menyatakan kebimbangan, seni membuat songkok di negara ini akan pupus memandangkan tiadanya program atau usaha daripada kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang itu.“Malahan saya sendiri bimbang kerana tiada siapa akan mewarisi kemahiran saya. Jika ditakdirkan saya berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti, saya akan cuba turunkan ilmu padanya tapi belum tentu juga dia berminat,’’ jelasnya.Beliau berkata, jika kerajaan boleh mewujudkan program untuk memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan kebudayaan tradisi, usaha yang sama perlu dilakukan kepada kerjaya membuat songkok.“Songkok adalah sebahagian daripada pakaian tradisi Melayu. Kita perlu ada usaha untuk menggalakkan golongan belia supaya menjadi pembuat songkok atau kemungkinan mewujudkan industri membuat songkok di sini,'' katanyaKata Deni, permintaan terhadap songkok ini akan bertambah apabila bulan puasa.“Oleh itu saya terpaksa menambahkan pengeluaran apabila tiba waktu itu. Selalunya, satu hari saya boleh menyiapkan hampir 100 biji songkok dengan menyambungkan kepala ke badan, tetapi jika perlu pasang baldu lengkap, hanya 40 biji kerana ia memakan waktu yang lama dan rumit,'' katanya.Tambahnya, songkok masih merupakan ‘mahkota’ bagi lelaki Melayu terutama yang masih setia mengangkat warisan budaya bangsa.Sebuah songkok yang dipakai, jika dipadankan dengan sepasang baju Melayu, akan membuatkan seseorang itu kelihatan tampan dan bergaya.Malah songkok turut melambangkan imej bersopan-santun yang masih menjadi tunjang budaya bangsa kita yang cukup terkenal di serata dunia.Justeru itu, katanya, menjelang hari-hari perayaan, kenduri dan perkahwinan, songkok terus menjadi tradisi bagi generasi masa kini.Kata anak muda ini, songkok terdiri daripada songkok rendah dan tinggi manakala jenis kain pula baldu gred 1 (3 Crown) dari Jerman dan Korea untuk songkok SOB (songkok orang besar-tinggi), baldu gred 2 (Hymilon) dari Jepun dan baldu biasa (kabul) dari Korea dan China.“Baldu mahal selalunya sensitif, jika kena air ia perlu dikeringkan dahulu, berbeza dengan biasa yang lebih tahan.“Songkok ini juga mempunyai aksesorinya, ada yang berenda songket dan satin bagi menyerikan lagi si pemakai.“Begitu juga dengan tingginya, yang biasa ialah 11 sentimeter (cm) tetapi kebanyakan songkok SOB tingginya ialah 12.7 cm,” katanya.Harganya pula dari RM9 untuk kanak-kanak, dewasa (RM16), tinggi (RM25) dan SOB (RM45). Songkok berenda songket dan satin berharga RM28.“Kebanyakan bahan untuk membuat songkok ini dibawa dari Bukit Tinggi kerana harganya lebih murah berbanding di sini,” katanya.Proses membuat songkok* Buat pelan badan daripada kertas suratkhabar, kain perca dan kain satin.* Buat pelan tampuk.* Potong pelan badan dan tampuk ikut ukuran.* Potong kain baldu untuk badan dan tampuk ikut saiz.* Ukur saiz pelan untuk badan pada kertas kadbod.* Pasang badan pada kain baldu hitam dan lace plastik.* Tampal sambung ke badan untuk dijadikan songkok.* Pasang kain baldu dengan badan sekali.* Pasang kepala.


Songkok tiga generasi
Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my
Selepas tiga dekad menjahit dan menjual songkok, Mustafa Maarof amat mengerti pentingnya seni songkok.
SEJAK usia 12 tahun, Mustafa Maarof mula menunjukkan minat menjahit bahagian tepi songkok. Saban hari selepas habis waktu sekolah Mustafa akan membantu bapanya menyiapkan songkok yang ditempah pelanggan.
Mustafa mengambil alih perniagaan tersebut selepas bapanya, Maarof Mohd. Syarif meninggal dunia. Ketika itu Mustafa baru berumur 28 tahun.
Hari ini Mustafa, 40, mampu membuat sebuah songkok dalam masa tidak sampai sejam. Sebanyak 20 buah songkok dapat disudahkannya dalam sehari.
Selepas hampir tiga dekad terlibat dalam perniagaan itu, Mustafa cukup mahir mengenai selok belok songkok.
"Saya akan pastikan bahagian bumbung dan dinding songkok dijahit, bukan digam. Ini bagi memastikan kedua-dua bahagian tersebut tahan lebih lama.
"Setiap kali menerima tempahan ini bermakna saya diberi kepercayaan oleh pelanggan.
"Selain menyiapkan kerja dalam tempoh yang diberikan, saya juga perlu menggunakan material yang berkualiti," ujar Mustafa ketika ditemui di kedainya di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Penutup kepala tradisional Melayu yang lebih dikenali sebagai songkok lazimnya dipakai bersama baju Melayu.
Ia direka daripada kain kosong berwarna hitam atau bersulam yang diperbuat daripada kain kapas atau baldu.
Pemakaian songkok merupakan salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dulu lagi.
Kebiasaannya, ia dipakai pada majlis-majlis tertentu seperti hari raya, perkahwinan, kenduri, acara pengebumian, solat dan pertabalan.
Mustafa, bapa kepada seorang anak, memberitahu, koleksi songkok yang terdapat di kedainya menggunakan fabrik baldu jenis 3 Crown yang diimport dari Korea dan Jerman.
Fabrik itu bukan sahaja lembut dan tahan lama, malah kalis air.
Mustafa yang dibantu oleh abangnya, Maharyoyo Maarof, 53, menjelaskan, setiap tahun jualan songkok di kedainya meningkat, lebih-lebih lagi menjelang hari raya.
"Songkok tidak hanya untuk musim perayaan, sebaliknya saya juga mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat dan untuk pelajar sekolah," jelasnya.
Menurut beliau, pendapatannya pada musim hari raya boleh mencecah RM30,000.
Kedai songkok yang dikenali sebagai M. Djohan Tailor itu diasaskan oleh datuknya, Mohd. Syarif sejak tahun 1935.


Datuknya berasal dari Paya Kumbung, Minangkabau, Sumatera, Indonesia sebelum berhijrah ke Grik, Perak, dan selepas itu berpindah ke Kuala Lumpur.
Menurut Mustafa, pada peringkat awal menjahit songkok, dia mengakui kerja itu agak sukar kerana ia memerlukan ketelitian.
"Sikap sambil lewa atau cuai ketika menjahit songkok boleh merosakkan rupa bentuk songkok, sekali gus mencacatkan penampilan si pemakai.
"Songkok akan jadi senget dan bahagian dinding serta bumbungnya mudah tertanggal. Malah pelanggan juga tidak akan rasa selesa memakai songkok tersebut," ujarnya.
Tambah Mustafa, jangka hayat sebuah songkok boleh bertahan antara tiga hingga lima tahun jika ia dijaga dengan baik.
Kata Mustafa, proses membuat songkok yang paling sukar ialah untuk mencantumkan bahagian bumbung dan dinding songkok.
Kedua-dua bahagian tersebut dilapisi dengan kertas akhbar lama yang banyak. Di bahagian dinding saja dilapisi dengan 12 helai kertas akbar bersaiz besar, manakala sebanyak 10 helai kertas saiz kompak digunakan untuk bumbungnya.
PROSES mencantumkan bahagian bumbung dan dinding songkok merupakan proses paling rumit.



Sebelum dijahit dengan mesin, bahagian bumbung dan dinding perlu dicantumkan secara manual menggunakan jarum peniti khas.
Kadangkala proses manual itu boleh menyebabkan luka-luka kecil di jari akibat tercucuk jarum.
"Mengapa surat khabar? Ia mudah diperoleh dan murah. Namun, kami akan memikirkan kertas yang sesuai dibuat songkok sekiranya akhbarUtusan Malaysia bertukar ke saiz kompak pula," tambahnya sambil ketawa ketika tangannya laju memotong bumbung songkok berbentuk bujur.
Saiz kepala kanak-kanak ialah antara 17 hingga 20 inci, manakala kepala orang dewasa ialah 21 hingga 23 inci.
Di M. Djohan Tailor, pelanggan berpeluang memilih songkok yang dikenali sebagai Tun setinggi empat inci setengah, songkok biasa, kopiah dan tarbus.


Maarof juga menerima tempahan daripada pelanggan yang inginkan aksesori tambahan yang dililit di sekeliling dinding songkok.
Antaranya termasuklah lilitan bercorak, kain songket atau batik atau yang sedondon dengan baju Melayu.
Maarof yang juga bekerja sambilan sebagai pemandu bas dan limosin hotel melahirkan rasa gembira kerana pernah menerima tempahan daripada golongan kenamaan dan selebriti tempatan.
Lebih mengujakan apabila beliau diberi kepercayaan menjahit 60 buah songkok untuk kontinjen Malaysia pada majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik Athens 2004 di Greece.
Simbol penuh kemuliaan



SETIAP kali menjelang musim hari raya, pengacara Gerak Geri Gasing Astro Ria, Zoey sudah terbiasa memakai songkok. Begitu juga ketika mengaji atau ke surau.
“Saya mula pakai songkok pada usia dua tahun. Setakat ini saya mempunyai empat biji songkok.
“Saya tidak beli songkok setiap tahun kerana kebanyakan songkok saya tahan lama kerana ia dijaga dengan baik,” kata Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abdul Rahman, 24.
Jika diberi pilihan antara songkok dan kopiah, dia lebih menggemari songkok kerana penampilannya nampak lebih segak dan sesuai dengan bentuk mukanya.
“Sekalipun terdapat pelbagai pilihan songkok bercorak di pasaran, saya tetap memilih songkok tanpa corak kerana ia nampak ringkas,” ujarnya yang akan menyimpan songkok yang sudah dipakai di dalam kotak.
Penyanyi Dafi pula memakai songkok jika dia berbaju Melayu. Dia menggemari songkok tanpa corak dan tinggi bagi mengelakkan gaya rambutnya rosak.
Tidak membeli songkok setiap tahun, Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, 19, akan menjaga songkoknya dengan baik.
“Saya akan pastikan songkok yang dibeli berkualiti dan dijaga baik supaya tahan lama,” katanya yang memakai songkok bersaiz 22 inci. Bagaimanapun, untuk sesi fotografi atau membuat persembahan, lazimnya Dafi akan memakai songkok yang bercorak.
“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan pemakaian songkok ketika bersolat, mengaji al-Quran dan digayakan bersama baju Melayu.
“Malah, imej bersongkok bukan sesuatu yang pelik, selain dipakai pada majlis formal dan musim perayaan, ia turut dipakai oleh para pelajar sekolah dan petugas hotel,” kata penceramah bebas, Akhil Abdul Hayy, 40, ketika dihubungi.
Beliau yang pernah popular sebagai penyanyi rock untuk kumpulan D’Riyadh sekitar tahun 1980-an berpendapat, lelaki Melayu tampak segak dengan bersongkok.
Bagaimanapun, beliau lebih menggemari topi salji bagi memudahkannya mendekati masyarakat. Anak kelahiran Gopeng, Perak ini juga mempunyai lebih 20 pasang topi salji.
“Remaja pada hari ini meminati sesebuah ceramah yang disampaikan dengan gaya santai dan tidak terlalu berat. Sebagai jalan tengah saya menyarungkan topi salji pelbagai rona berbanding songkok agar ceramah saya nampak ringan,” katanya.
Sementera itu, pendakwah bebas dan pakar motivasi, Profesor Madya Md. Izuddin Ali menasihati supaya si pemakai songkok menghormati songkok dari segi pemakaian, cara kita menjaga dan menyimpannya.
Kedudukan songkok yang dipakai di atas kepala membawa makna yang tersirat.
“Ia mendidik supaya kita bersikap merendahkan diri. Ini kerana walau setinggi mana pun darjat dan kedudukan kita, masih terdapat perkara lain yang lebih tinggi dan berkuasa daripada kita,” ujarnya.
Tambah beliau, penggunaan songkok sering dikaitkan dengan tempat dan imej seperti masjid atau majlis-majlis rasmi. Sehubungan itu, jika ia dipakai pada majlis yang bukan tempatnya, maka masyarakat akan memandang sinis terhadap orang yang berbuat demikian.


Great demand for Hardy’s famed songkok
TUMPAT: Business during Hari Raya has always boomed for songkok manufacturer Hardy Shamie Arifin and this year’s demand has been tremendous due to the Umno general assembly in December.
The 42-year-old has received more than 13,000 bookings for his stylish, yet traditional Malay headgear.
He said this was almost a 100% increase compared to last year because of Hari Raya and the assembly where party elections would be held.
Hardy, who is of Indonesian descent from Padang in Sumatra, learned to design and produce the songkok from his father Shamie Arifin.
The family business has thrived at Kampung Baia in Pasir Pekan since the 1970s.
”The art of songkok making is a family trade secret for the past 90 years,” said Hardy when met at his outlet here.
He has been working round-the-clock with the help of his wife Norsuria Mohd Zam, 40, and seven assistants as he needs to finish the orders before the end of Ramadan,
Orders have also come from wholesalers in Kuala Lumpur, Kuantan and Johor.
Due to his reputation, Hardy also received calls from supermarket operators who are keen to market his product.
There are various designs and types of songkok. Some are reserved for occasions such as meeting royalty, festivals or weddings.
Prices for his songkok range from RM8 to RM75.
Hardy said he has three types of designs which differ based on the hand weaving of the threads and quality of the textile used.
He hopes to start a chain of songkok outlets in major shopping malls throughout the country, besides holding visits for tourists to see how the headgear is made.



'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Itulah perumpamaan lama yang boleh dikaitkan dengan tradisi masyarakat Melayu dalam memartabatkan seni warisan dan budaya Melayu.
Selain memelihara nilai keagungan kraf tempatan, tenunan songket dan batik, songkok adalah antara seni kraftangan yang sinonim dengan budaya kita hari ini, lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki.
Menariknya, setiap kali Aidilfitri menjelma, songkok pasti menjadi pilihan. Selain kopiah, terbus mahu pun ketayap, songkok menjadi elemen fesyen utama untuk digayakan bersama baju Melayu, agar si pemakai tampil kacak dan bergaya pada pagi hari raya. Menyedari nilai warisan bangsa yang perlu dijaga, pembuat songkok, Martis Marwan, 58, menjalankan perniagaan menjahit penutup mahkota lelaki itu di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Sejak lebih dua dekad beroperasi, Martis mengakui bidang pembuatan songkok sememangnya memerlukan kesabaran dan ketukangan yang teliti. Ini kerana hasilnya dapat mencerminkan nilai peribadi pembuatnya.
MARTIS mengambil masa selama 15 minit untuk menyiap sebiji songkok. Bercerita tentang awal penglibatannya: "Dulunya, pada awal tahun 1980-an, saya mengambil tempahan menjahit baju kurung dan baju Melayu di sebuah kedai di Jalan Raja Bot, Chow Kit. Ketika itu, tidak pernah terlintas langsung saya untuk menjahit songkok."Kelebihan menjahit songkok adalah kerana cara jahitan dan konsep potongan kain dan kertasnya sama dan tidak pernah berubah. Berbanding baju kurung, ia memerlukan lakaran dan potongan yang berlainan konsep, bergantung kepada kehendak dan cita rasa pelanggan."Sebenarnya, membuat songkok memerlukan ketelitian dan masa pertukangan yang lama. Sebab itulah pada zaman sekarang, agak susah sedikit nak peroleh songkok yang berkualiti tinggi.
Pada hari ini, songkok banyak yang dibuat menggunakan mesin, jadi kehalusan kerja tangannya sudah hilang," katanya.Menyedari pemakaian songkok merupakan identiti lelaki Melayu, Martis mempelajari cara pembuatan songkok, hasil tunjuk ajar seorang majikannya Adnan.
PEMBUATAN songkok memerlukan kesabaran dan ketukangan yang teliti."Saya hanya pandai membuat songkok setelah beberapa bulan belajar dengannya. Bantuan yang diberikan menerusi pinjaman mesin ketika itu, memberi peluang kepada saya membuka perniagaan secara kecil-kecilan, dengan bermodalkan wang bernilai RM500.Bercerita tentang sambutan menjelang musim perayaan, permintaan pasaran kini lebih menggalakkan kerana masyarakat menyedari kepentingan menghargai warisan tradisi ini. "Permintaan songkok pada masa kini amat menggalakkan, selain digayakan semasa Aidilfitri, songkok juga menjadi salah satu pakaian rasmi pada majlis-majlis korporat lain. "Malah, selain menjadi salah satu kelengkapan pakaian persekolahan bagi pelajar dan pasukan beruniform seperti polis dan tentera, pemakaian songkok bercorak bendera Malaysia juga boleh dipakai sempena meraikan Hari Kemerdekaan," jelasnya.
Kini, songkok turut diberi nafas baru dengan lilitan songket tenun dan batik mahu pun disematkan kerongsang.Sentuhan asli songkok Martis itu begitu mendapat sambutan hebat daripada para pemborong dan pembeli di sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pahang.
SONGKOK turut dikomersialkan dengan lilitan songket tenun mahupun batik."Tiga bulan sebelum menyambut Ramadan, saya sudah menerima tempahan daripada para pemborong dan penjual songkok."Kebiasaannya, beberapa minggu sebelum menyambut Aidilfitri, saya terpaksa menolak tempahan pada saat akhir," katanya.
Menceritakan keunikan songkok, ia terbahagi kepada dua jenis. Satu yang biasa dan satu lagi dipanggil songkok tinggi kerana selain mahal, ia menggunakan fabrik baldu hitam sebagai bahan utama dalam pembuatannya.Apakah perkara yang paling sukar dalam proses pembuatan songkok? Ketika hendak memasang bahagian kepala songkok atau menampal bumbung dan dinding songkok. Ini kerana, ia memerlukan tenaga yang lebih bagi mendapatkan hasil yang kemas."Bahagian ini, paling susah nak buat sebab menggunakan kertas yang tebal. Jadi, sekiranya tidak dijahit dan disambung dengan betul, ia akan mempengaruhi reka bentuk songkok tersebut sekali gus jarum mesin akan mudah patah. "Sebab itulah, saya mengambil masa selama 15 minit untuk menjahit satu songkok, walaupun bahan-bahan pembuatannya siap dijahit seperti kertas kepala songkok dan pelapik dindingnya.
PEMAKAIAN songkok melambangkan identiti lelaki Melayu."Namun, untuk memasang dan menjahitnya, ia memerlukan daya fikiran dan tenaga yang kuat," jelas ibu tunggal kepada tiga cahaya mata ini. Apakah cabaran sepanjang bergelar pembuat songkok? Jelas Martis, kerenah para pelanggan antara perkara yang sentiasa menjadi ingatan buat beliau sehingga hari ini."Pernah sekali, akibat terlalu mempercayai seorang pelanggan tetap, hutang membeli songkok tidak dibayar, sehingga berkali-kali dia berjanji, namun tidak ditunaikan."Malah, ada pula yang suruh saya menjahitnya sekali lagi, dek kerana tidak suka dengan rupa bentuk songkok yang bersaiz empat segi," ujarnya.
Dalam sehari, Martis boleh menyiapkan 20 songkok yang dijual setiap satu pada harga borong antara RM7.50 hingga RM15.Keupayaan dan kecekalan yang dipamerkan Martis sepanjang bergelar pembuat songkok ini jelas terbukti apabila mesin jahit songkok yang dibelinya sejak 10 tahun lalu, bertahan sehingga hari ini.


Artikel 5: Company keeps ‘songkok tinggi’ tradition alive

Company keeps ‘songkok tinggi’ tradition alive

By FARIK ZOLKEPLI


JOHOR BARU: The classic Johor songkok tinggi (tall songkok) is much sought after, especially during the Hari Raya Aidilfitri season.


Mohd Fahirurazi Yahya, 27, said the songkok tinggi is typical to Johor.
“Many of Johor’s Malay leaders wore the songkok to symbolise the state’s Malay history.
“Our songkok is unique as it is taller than the songkok normally worn by Malays,” he said when met at the Ramadan bazaar in Taman Suria here yesterday.


Fahirurazi, who runs the Sinar Songkok Melayu company, said his father Yahya Lajib, 55, started the business in Felda Kahang Barat in Kluang some 20 years ago.


They now have several shops in Kluang and elsewhere in Johor as well as a stall at the bazaar.
Stall’s specialty: Fahirurazi showing his merchandise at the Ramadan bazaar yesterday.


“Not many people make this songkok. We even have loyal customers from Singapore who love the songkok as they think it is different and unique,” he said.


The songkok Fahirurazi makes comes in various heights, from 11.4cm to the tallest at 14cm.They are made from the best quality velvet.


He said his stall at the bazaar would be open until the eve of Hari Raya as demand was good.
“We are used to last-minute shoppers. We sold about 200 songkok tinggi last year,” he said.
Fahirurazi said the company has also started selling another type of hat, the fez, to test the response from customers.


“The fez is very popular in Arabic countries. We want to see the response from Malaysians,” he said.


PELUANG PERNIAGAAN DI BULAN RAYA YG AKAN DATANG

As'salamualaikum semua ahli2 Melayu-Trade,Saya mewakili syarikat saya, MTAC Sdn Bhd, sebuahsyarikat bertaraf bumiputera yang membekal Butang BajuMelayu dan Kotak Songkok diperbuat daripada plastik didalam enam warna (hitam, putih, lutsinar(transparent), hijau, cokelat dan biru tua).
Butang saya sudah berada di pasaran sejak tahun 1993 lagi dandianggap bertaraf "medium range" kerana harga retaildi pasaran adalah sekitar RM 50 untuk satu setmengandungi 5 butang dalam kotaknya sendiri. Pemborongserta pengedar yang membeli butang tersebut pada hargaRM 35 akan meraut keuntungan kasar sebanyak RM 15 satuset atau +42% setiap set. Butang2 tersebut agak unikdan nampak eksklusif, lain daripada yang diimpot dari Korea atau India serta kualitinya jelas lebih unggul.
Syarat untuk mendapatkan "taraf pemborong/agen" untukmenikmati harga special/borong tersebut adalah setiappembelian hendaklah minima 100 set butang dan bayaranC.O.D. Jika saudara ingin membeli kurang daripadajumlah minima ini, harganya sama seperti harga retail,iaitu RM 50 setiap satu, dan selepas itu, saudarasendiri tetapkan harga jualannya di pasaran (eg. RM70, etc.) untuk menentukan berapa banyak untung akandinikmati.
Kotak songkok pula di jual dengan harga retail dipasaran pada harga RM 12 setiap unit. Hargaborong/agen pula adalah RM 5.50, maka untung kasaradalah RM 6.50 setiap satu, ataupun dari segi %, ianyadalah +118%. Untuk kotak songkok, harga borong/agendinikmati apabila kuantiti minimanya adalah 40 unit(warna2 boleh di campur). Harga2 tersebut adalah sah untuk pengambilan diLembah Klang, maklumlah untuk permintaan luar KL,harus ditambah kos penghantaran dengan Pos Laju.Sila lihat gambar butang serta kotak songkok sayayang dilampirkan bersama e-mel ini.
Semua pertanyaan boleh ditujukan kepada e-melpejabat saya di mtacsb@tm.net.my kerana laman web sayadi www.mtac.com.my masih di dalam proses pembinaan.Sekian, terima kasih. Selamat berniaga terutamamenjelang Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Yang benar,
Idris Mokhtar
(Pengarah Urusan)
MTAC Sdn Bhd
(No. Sykt. 360109-M; MOF 357-02001291)
Blok A-1, Tingkat 7, Wisma Yakin,
Jalan Masjid India, 50100 KL.
Tel (03) 2694-4828 / Fax (03) 2694-4817 / E-mel: mtacsb@tm.net.my

Sumber: http://www.utem.edu.my/rshproduct/Page_25.pdf

Product Gallery ‘08
©2008 University Industry Centre. All right reserved
SONGKOK VENTILATION
SYSTEM
The idea to invent this product is inspired from the problem of wearing ‘songkok’ for a long period. Normally, after we wear ‘songkok’ for
a certain period, the area inside ‘songkok’ becomes humid and hot and this will make the head feel itchy and uncomfortable. Even though
the current design of ‘songkok’ has 2, 3 or 4 holes for ventilation, but this is not enough and sometimes the users still feel hot and uncomfortable.
In order to avoid this, the designer has designed a ‘songkok’ that is equipped with a small fan to provide a good ventilation system
to the ‘songkok’. After surveys have been done, it is found that there is no invented product in the market similar to this yet. Therefore,
initiative has been taken to invent it and hopefully it will give benefits and can be commercialized soon. The system comprises a small
fan, a mini switch, 4 AAA size batteries and socket that attached to a normal two or four holes ‘songkok’.
Researchers Info
Fariz Ali
Wan Hazwani
Tel : +6(06)-555 2205
Fax : +6(06)-555 2222
E-mail : fariz@utem.edu.my
25
INTRODUCTION
Faculty of Electrical Engineering
NOVELTY
OBJECTIVES
􀁃􀀂To design a comfortable ‘songkok’ equipped with mini fan for ventilation system.
􀁃􀀂To solve problem of humidity and hot area inside ‘songkok’.
􀁃􀀂To develop a functioning end product that has high potential for commercialization
This product uses only 4 AAA Size batteries which can be found easily in the market. The new attached system is light and users will
not feel the difference in weight. By using this product, users will feel more comfortable to wear ‘songkok’ for a long period. After
surveys have been done, it is found that there is no invented product in the market similar to this yet. Therefore, initiative has been
taken to invent it and hopefully it will give benefits and can be commercialized soon.
0
Temperature Vs Time
28.0
28.5
29.0
29.5
30.0
30.5
31.0
31.5
32.0
32.5
33.0
33.5
34.0
34.5
35.0
35.5
36.0
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
Minute
Degree Celcius
Fan OFF
Fan ON
Figure 2: Digital Thermometer Used to
Measure Temperature
Figure 1: Charger and 4 AAA Batteries
Figure 3: Songkok with Mini Fan Figure 4: Inner Side
Table 1: Experiment Result




Sumber:http://www.tourismpenang.gov.my/heritage_living_songkok_maker.html

Made to OrderPenang Island’s Sole Songkok Maker


Lebuh King, George Town.
The tiny songkok-shop he runs is not something to boast about but the fact that Haja Mohideen OSM Mohd Shariff is the sole songkok-maker on Penang island, is.
Inheriting the shop and (of course, the skill) from his late father, Haja Mohideen started out by helping his father at the shop after school. From sewing the base of the songkok (a traditional Malay headgear), a simple task reserved for novices, he soon progressed to become a songkok “professional”.
Despite having the paper qualifications to secure a more stable job, the young apprentice decided to follow in his father’s footsteps. After all, he was the son of the man who practically founded the songkok-making business in the 1930s!
Haja Mohideen makes the songkok himself – from cutting the velvet cloth to sewing the base and putting all the materials together, he does it all. This, of course, means that he sometimes has to stay up past midnight to get the orders ready especially during the Hari Raya season and Maulidur Rasul celebration. After all, no outfit is complete without the traditional songkok!
Besides the usual songkok, he also sells the custom-made tarbus (higher and more rounded compared with the ubiquitous songkok) at his shop. Such orders are usually received from cultural performers.
Whether you want your songkok higher or wider, he makes sure the fit and design is just right. Although orders for his hand-made songkok have dwindled with the times, Haja Mohideen continues to champion this fading art.
Because it is his pride and passion, the 61-year-old works almost non-stop, producing an average of five songkoks a day. His shop is usually open from 11am to midnight. In fact, the only time you will find him away from his “songkok studio” is during Friday prayer time!